Perkakasan: Kelas Kemaskini Komputer, Install Google Chrome & KDB

5 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran peserta yang bekerja sendiri untuk belajar cara mengemaskini computer dengan mudah di Pusat Internet Semop. Kelas ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan disertai oleh seorang peserta yang berumur 22 tahun. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
• Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
• Mempelajari cara mengemaskini “Google Chrome” ke dalam komputer.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali